Wednesday 4 June 2014

Resume

Assalamualaikum

Macam mana nak MOHON KERJAYA..

Resume merupakan salah satu contoh untuk mengambarkan keperibadian seseorang itu. Selalunye majikan yang interview akan refer kepada resume kite bkn utk qualification saja malah dia tgk mcmna kita susun atur resume kite supaya nampak kemas dan cantik.

Bagi aku sebuah resume yang bagus datang dengan tiga perkara.

1. SURAT ALUAN
* surat aluan ini adalah surat yang menunjukkan yang kite berminat dgn kerja yang telah di "warwar"(macam pelik je) kan.
*surat ini mestilah jenis surat kiriman rasmi.
Contohnya

Nama
Alamat
—-----------------------------
Hq department
Company name
Address                                             date

Sir/madam/mr./Ms.

Job offering for (job entitle)

Regarding on your job offerred on (date) i'm, (name) would like to apply to (the position) on your company.

2.  Im a (major qualification that you may have) with a diploma/degree/master/phd qualification. Im the right one to work in your company because (angkat bakul sendiri).

3.  (tell them will never regret accepting u working for them). I will wait for your reply. Here i also attaching my resume for your reference.

Thank you.

Sincerely,

Name

2. RESUME

Disini korang bubuhla resume korang.. first page tu buat kan summary resume korang.. macamni

Resume's Summary

Name:
Address:
Contact no:
e-Mail:
job position apply:
expected salary:
Working experience : (Year)

Then baru proceed ke full contact and resume.
Yang section ni korang guna jelah kepakaran korang cuma pastikan yang summary di atas ada diterangkan dalam full resume korang.

3. REFERENCE

Kat sini paling simple..korang just list kan je kenalan korang semasa kerja atau practical but make sure yg dorang pon tahu..

TIP: Korang highlight atau bold kan yang korang rase boleh membantu korang tgk kerja ni.. macam korang apply akaunting, korang boldkan yang korang pernah practical kat company sebagai akauntan. Kalau ada la. Boldkan juga reference no tu..

Then korang prepare kan resume korang dan sijil2 korang sebagusnya. Itu next time ye.. penat jugak nak update blog guna smartphone. See ya..

Wednesday 21 May 2014

Sayur Untuk Semua

Juadah senang, Perut kenyang
“bunyi tepuk tangan, bunyi tepuk tangan”

Assalamualaikum semua,

Semalam selepas aku menaip blog terbaru, ramai orang pm aku, telefon dan mengutuskan surat supaya terus aktif dalam blog ini.. terima kasih semua..ini adalah blog terbaru utk korang semua..errr….(semua ini tipu!!..hikhikhik) tapi ya! Ini adalah untuk korang yang sudi tersinggah untuk baca apa yang akan aku karutkan.. tenkiu.. ~tepuk tangan~

Resepi kedua utk belog ini adalah..

Sayur Kangkung Goreng (mengikuti perutusan yang berbahagia di samping puan R.)

Bahan-bahan:
  1. Sayur kangkung (murah) 
  2. Minyak masak sawit keluaran Felda (FGVH) 
  3. bawang (import dari india) 
  4. bawang putih (penghalang vampire)
  5.  ikan bilis 
  6. lada kecil (satu rumah, satu pokok) 
  7. garam di laut asam di darat perasa

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  2. Masukkan bawang-bawang (besar dan putih) yang di potong kasar kedalam kuali itu setelah minyak itu disahkan panas. Masukkan sekali ikan bilis supaya ikan bilis itu sedikit masak.
  3. Tambahkan garam dan perasa kedalam bahan-bahan tersebut.
  4. Masukkan kangkung yang telah disiang cantik kedalam kuali. 
  5. Godey(kacau) bahan tersebut supaya sebati dengan garam dan perasa tadi. Tambahkan sedikit air. 
  6. Biarkan seketika dan pastikan daun kangkung layu dan batang kangkung tidak keras.Voila, sayur kangkung siap.

Q/A:

Q: Kenapalah Encik menaip menu-menu yang sungguh senang dan kacang?

A: Saya menaip menu-menu yang sungguh senang dan kacang ini kerana seorang lelaki seperti saya bukanlah seorang chef berkaliber untuk mengajar menu-menu yang luarbiasa, malahan menu ini saya taip untuk memudahkan lelaki seperti saya untuk memasak dengan cara yang senang dan kacang, selain itu bahan2 yang digunakan adalah bahan-bahan yang boleh dijumpai di setiap dapur di rumah-rumah di Malaysia.

Q: Kenapa cara penaipan Encik seperti ini?


A: Cara penaipan saya seperti ini kerana sekarang saya se’eh (kekenyang) selepas makan malam dan saya menaip blog ini sambil mendengar lagu korea(takde kena mengena).

Tuesday 20 May 2014

Sup Cendawan

Assalamualaikum semua..

Sejak duduk rumah sewa sensorang ni.. filing masterchef asyik nak memasak je.. tapi yang paling aku suka (sebab kena dgn tekak aku ni la kot)..and ofkos la..SUP CENDAWAN.. Sebab rasa masam cendawan tu membuatkan aku rasa aku dah terer masak.. sup.. 

nak masak macam aku?.. cubala korang try.. tapi ni style orang bebujang je.. kalau tak sedap padan muka korang la ye..

Bahan- bahan;
  1.  Cendawan 500g,(di siat-siat)
  2.   Bawang besar 1 biji (dihiris kasar)
  3.  Bawang putih 5 biji (dihiris kasar)
  4.   Lada kecil (ikut suka)
  5.  Kiub pati ayam
  6. Ikan bilis.
  7. Asam keping 2 keping (jika mahu)

Cara masak.

  1. Masukkan cendawan yang telah disiat, hirisan bawang besar dan bawang putih, dan lada kecil kedalam periuk yang mengandungi air. Pastikan semua bahan tenggelam didalam air tersebut..
  2.   Rebuskan semua bahan diatas api perlahan supaya cendawan dan bawang cukup masak.
  3.  Masukkan garam dan perasa secukup rasa. 
  4.   Masukkan asam keping untuk rasa masam.
  5. Rebuskan seketika dan voila. Sup cendawan siap.