Tuesday, 20 May 2014

Sup Cendawan

Assalamualaikum semua..

Sejak duduk rumah sewa sensorang ni.. filing masterchef asyik nak memasak je.. tapi yang paling aku suka (sebab kena dgn tekak aku ni la kot)..and ofkos la..SUP CENDAWAN.. Sebab rasa masam cendawan tu membuatkan aku rasa aku dah terer masak.. sup.. 

nak masak macam aku?.. cubala korang try.. tapi ni style orang bebujang je.. kalau tak sedap padan muka korang la ye..

Bahan- bahan;
  1.  Cendawan 500g,(di siat-siat)
  2.   Bawang besar 1 biji (dihiris kasar)
  3.  Bawang putih 5 biji (dihiris kasar)
  4.   Lada kecil (ikut suka)
  5.  Kiub pati ayam
  6. Ikan bilis.
  7. Asam keping 2 keping (jika mahu)

Cara masak.

  1. Masukkan cendawan yang telah disiat, hirisan bawang besar dan bawang putih, dan lada kecil kedalam periuk yang mengandungi air. Pastikan semua bahan tenggelam didalam air tersebut..
  2.   Rebuskan semua bahan diatas api perlahan supaya cendawan dan bawang cukup masak.
  3.  Masukkan garam dan perasa secukup rasa. 
  4.   Masukkan asam keping untuk rasa masam.
  5. Rebuskan seketika dan voila. Sup cendawan siap.

No comments:

Post a Comment