Wednesday 21 May 2014

Sayur Untuk Semua

Juadah senang, Perut kenyang
“bunyi tepuk tangan, bunyi tepuk tangan”

Assalamualaikum semua,

Semalam selepas aku menaip blog terbaru, ramai orang pm aku, telefon dan mengutuskan surat supaya terus aktif dalam blog ini.. terima kasih semua..ini adalah blog terbaru utk korang semua..errr….(semua ini tipu!!..hikhikhik) tapi ya! Ini adalah untuk korang yang sudi tersinggah untuk baca apa yang akan aku karutkan.. tenkiu.. ~tepuk tangan~

Resepi kedua utk belog ini adalah..

Sayur Kangkung Goreng (mengikuti perutusan yang berbahagia di samping puan R.)

Bahan-bahan:
  1. Sayur kangkung (murah) 
  2. Minyak masak sawit keluaran Felda (FGVH) 
  3. bawang (import dari india) 
  4. bawang putih (penghalang vampire)
  5.  ikan bilis 
  6. lada kecil (satu rumah, satu pokok) 
  7. garam di laut asam di darat perasa

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  2. Masukkan bawang-bawang (besar dan putih) yang di potong kasar kedalam kuali itu setelah minyak itu disahkan panas. Masukkan sekali ikan bilis supaya ikan bilis itu sedikit masak.
  3. Tambahkan garam dan perasa kedalam bahan-bahan tersebut.
  4. Masukkan kangkung yang telah disiang cantik kedalam kuali. 
  5. Godey(kacau) bahan tersebut supaya sebati dengan garam dan perasa tadi. Tambahkan sedikit air. 
  6. Biarkan seketika dan pastikan daun kangkung layu dan batang kangkung tidak keras.Voila, sayur kangkung siap.

Q/A:

Q: Kenapalah Encik menaip menu-menu yang sungguh senang dan kacang?

A: Saya menaip menu-menu yang sungguh senang dan kacang ini kerana seorang lelaki seperti saya bukanlah seorang chef berkaliber untuk mengajar menu-menu yang luarbiasa, malahan menu ini saya taip untuk memudahkan lelaki seperti saya untuk memasak dengan cara yang senang dan kacang, selain itu bahan2 yang digunakan adalah bahan-bahan yang boleh dijumpai di setiap dapur di rumah-rumah di Malaysia.

Q: Kenapa cara penaipan Encik seperti ini?


A: Cara penaipan saya seperti ini kerana sekarang saya se’eh (kekenyang) selepas makan malam dan saya menaip blog ini sambil mendengar lagu korea(takde kena mengena).

No comments:

Post a Comment